Posts

Puasa masa kecil

InsyaALLAH tak lama lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia. Dan mungkin ada antara kita yang sudah mula berpuasa dari bulan Syaaban ini lagi. Menjelang bulan puasa ni, teringat pula kisah aku berpuasa masa kecil-kecil dulu. Aku mula berpuasa halfday waktu umur 7 tahun, darjah satu. Seronok sangat. Walaupun kelat-kelat mata, aku tetap bangun bersahur bersama Toktan, Tokna, makcik dan Maklang. Aku akan berpuasa sampai balik sekolah. Sampai saja kerumah aku akan berlari ke meja makan dimana Tokna dan Makcik sudah menghidangkan juadah berbuka untuk aku. Alah macam makan tengahari biasa saja sebenarnya. Favourite aku, masak lemak pucuk ubi, telur goreng dengan ikan kering. kadang-kadang masak pindang, masak lemak daun turi, asam pedas ikan parang, goreng pucuk paku.. uish ini boleh dicerita dalam entri akan datang. Aku berpuasa separuh hari sampai aku berusia 9 tahun. Masuk 10 tahun, aku sudah dipaksa berpuasa fulltime....

Happy 2nd Anniversary to Us

Image
Syukur Alhamdullilah, pada 28 Mei 2011 lepas kami meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang kedua. Kalau tahun lepas kami hanya menyambutnya di Hospital Al-Ahli, dengan makanan yang disediakan pihak hospital, tahun ni up sikit. We had our anniversary dinner at our favourite restaurant at the Movenpick. Kalau last year our little Einstein si Zachary tu baru berusia 2 hari, tahun ni dia dah boleh join dinner dengan kami sekali. Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat hendaknya. 

I am my mama's helper (by Zachary Andika)

Mama is carrying my baby sister in her tummy. Each day Mama's tummy is getting bigger and bigger. There are a lot of work to be done around the house from cleaning,  laundry, cooking you name it and we dont have a house maid like most families in Qatar. I, as the oldest child in the family feel obligated to help mama as much as I could by running errands and assume responsibility for some house chores. I hope my little help could spare mama some rest she deserved.

Lebai Zachary dan Penunggu Tangga

Doha 17 Jun 2011. Penghuni sebuah rumah bernombor B45 di Al-Wadi Complex, Al-Kharatiyat baru-baru ini telah mengalami ganguan makhluk halus. Makhluk halus yang berupa seekor monyet itu telah menjadikan tangga kediaman berkenaan sebagai tempatnya bermastautin. Penghuni kediaman itu telah memanggil khidmat seorang lebai yang terkenal di kawasan Al-Gharafa untuk menghalau makhluk tersebut. Namun makhluk itu ternyata begitu menakutkan dan lebai terkenal itu juga tidak sanggup untuk menangkap atau mendekati makhluk tersebut. Berikut rakaman yang kami terima ketika cubaan menangkap makhluk halus oleh lebai tersebut. Sebenarnya kami menggunakan mainan dari McDonald Happy Meal itu untuk menghalang Zachary dari bermain di tangga kerana sebelum ini, Zachrary terlalu kerap memanjat tangga tersebut. Pantang leka. Masalahnya, dia pandai naik, tapi tak pandai turun. Kami mendapat idea tu selepas melihat Zach begitu takut dengan monyet mainan dari filem Kungfu Panda 2 tersebut, dan safety gate IKEA y...

Aku nak lari Marathon

BMI aku sekarang sudah menunjukkan kategori 'Overweight'. Ni tak boleh jadi ni. Aku tak boleh overweight kerana: 1. Tak baik untuk kesihatan 2. Tak handsome (Nanti orang mengata. 'Tengok tu bini sikit punya lawa, laki dah la pendek gemuk pulak. Macamana la dia boleh kahwin dengan mamat tu. Tak lain mesti mamat tu kaya, kalau tak mustahil' ) 3. Banyak sangat baju-baju dan seluar designer label yang aku dah tak boleh sarung. Nak sedekah kat orang sayang. Mahal woo.. Pakcik umur 32 tahun baru merasa pakai seluar Fendi. Baru-baru ni aku mendapat ilham yang cukup bernas. Aku nak lari Marathon. Aku jadi begitu bersemangat selepas melihat status Facebook dan gambar-gambar kawan baik aku Da'a dan Mak Ton berjaya menamatkan Half Marathon dalam KL Marathon baru-baru ni. Pada zaman-zaman remaja dulu aku sering menyertai Half Marathon di sekitar Muar dan Johor Bahru. Masa tu senang-senang saja aku lari non stop dan menamatkan larian di bawah 2 jam. Dan pernah sekali menyer...

Hachiko Anjing yang setia..

Image
Kelmarin, aku dengan Cik Minah secara kebetulan tertonton satu filem yang berjudul Hachiko: A Dog's story . Kisah seekor anjing yang sangat setia pada tuannya ini, amat-amat menyentuh perasaan. Cik Minah siap nangis-nangis lagi, sedangkan Cik Minah ni bukan minat pun pada anjing atau apa-apa jenis binatang sekalipun (berbeza dengan aku yang animal lover ni). Kisah ni based on true story yang berlaku di Jepun. Anjing bernama Hachi ni setiap hari menghantar tuannya yang merupakan seorang professor universiti ke stesen keretapi untuk ke tempat kerja. Dan setiap hari juga, sebelum jam lima petang, dia akan menunggu kepulangan tuannya di stesen tersebut. Begitulah rutin mereka selama setahun. Pada satu hari, si professor ni meninggal dunia ketika di tempat kerja dan tak pulang ke stesen di mana Hachiko sedang menanti seperti biasa. Yang sedihnya, Hachiko ni setia menunggu kepulangan tuannya selama 9 tahun hingga akhir hayatnya. Kisah kesetiaan Hachiko ni te...

Selamat Hari Lahir ke 29 Cik Minah

Hari ni birthday Cik Minah, jadi semalam aku kononnya nak buat surprise la. Nak Romantik lah kononnya. Kalau last year aku buat surprise party untuk dia. Masa tu Cik Minah masih dalam pantang, so duduk rumah pun pakai kain batik.. nasib baik kat dahi tak bertepek pilis. Masa tu memang menjadi betul surprise aku.. Thanks to kawan2 di Doha ni yang begitu sporting.. Dalam Cik Minah duduk relax-relax main komputer, tiba-tiba member-member letupkan party poppers dari luar tingkap.. Cik Minah punya lah terperanjat.. sampai dihempaskannya laptop dia ke lantai. Nasib baik tak bersepai. Sampai sekarang dia dok komplen yang betapa buruknya dia masa malam tu.. Knowing Cik Minah kan.. mesti nak cantik je selalu.. especially kalau nak keluar rumah.. atau bila ada orang nak datang rumah.. so tahun ni aku tak nak menzalimi dia lagi.. dan tak nak terperanjatkan dia sebab Cik Minah tengah berbadan dua. So semalam on the way balik rumah aku singgah Landmark beli sejambak bunga tulip dengan 6 biji cu...