Posts

Showing posts with the label Tribute

TOP MALAYSIAN TRIATHLETES AT IRONMAN MALAYSIA 2016

Here are the top Malaysian finishers in Ironman Malaysia 2016. Mohd Amran reclaimed his title from 2014 after DNF in 2015. Great job everyone. IRONMAN MALAYSIA 2016 (TOP MALAYSIAN MALE) RANK NAME AG TIME 1 Mohd Amran A. Ghani M35-39 10:09:04 2 Rupert Chen M30-34 10:31:29 3 Mohamad Allie Helmi Sabtu M35-39 10:56:31 4 Muhamad Rafik A. Raof M25-29 11:38:19 5 Benjamin Chew M30-34 11:48:33 6 Choo Wooi Sing M35-39 11:49:10 7 Kevin Siah M30-34 11:52:53 8 Lim Chee Yong M18-24 11:57:18 9 Eugene Lee M30-34 11:58:34 10 Muhammad Hafiz Wong Abdullah M40-44 12:00:11 11 Julius Lim M40-44 12:07:52 12 Afiq Syazwan Mohd Shahru M30-34 12:12:38 13 Wong Kee Kwang M40-44 12:19:31 14 Mohd Sayuti Mohd Zahit M30-34 12:25:10 15 Ooi Sin Hoo M40-44 1...

Malaysia's kings of marathon

Image
I have mentioned in my previous entry on how I am planning to qualify for Boston Marathon HERE . While I am currently is on track for that, I have set another goal for myself. A lofty one, which is to be among the top marathon runners in Malaysia. Off course it will not happen overnight. I have set two years to work on this project.  I want to be at the same league with the like of Shaharudin Hashim, Fabian @ Osmond Daimon, Lili Suhairi Ghazali and Jasni Khairil Jamaluddin. They are the reigning kings of marathon in Malaysia.  I know talk is cheap. But nothing is impossible if you put your mind and soul into it. Yang penting usaha dan jangan putus asa. Take Jasni for example. He ran his first marathon in 2009 after started running in 2004. He did 3:27 in his virgin marathon. He never looked back and have since keep on training and improving. He clocked his first sub 3 hours last year at Standard Chartered KL Marathon in a time of 2:56:07, a massive 13 minutes improvement from ...

I Love You But I Hate You Angie Salter!

Image
I was sad and shocked when I learned that the Salters (Angie and Tony) are leaving Qatar for good soon. They have been very kind and never stop encouraging and motivating me to become a better runner. When I joined DBRC, Angie was one of my Idols. I had a 'crush'  on her when I first saw her at RAK Half Marathon last year. I was still at my infancy in running at that time and only been running for few months. I saw her on the opposite direction of the race route where there were some 8 kilometres separating us before I make the U turn. I completed the race almost an hour behind her in 2:45:56 (Angie finished in 1:55:30). I went home with a new target after RAK. To finish a Half Marathon sub two hours and to beat Angie Salter. Angie was my inspiration. I signed up for Asics Gold Coast Half Marathon and trained hard for it, in Doha summer, but I was still far from catching up with her. One day during a track session, I managed to keep up...

Mothers Day Series : Final Episode - Surat Untuk Mak

Surat ini aku kirimkan buat Mak pada bulan NOVEMBER 1986. Ketika itu aku berusia 10 tahun. ........... Kehadapan Mak, Semoga Mak dan adik beradik semua di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Adik di sini sihat-sihat sahaja. Tetapi Adik rindu pada Mak. Adik sangat berharap agar dapat berjumpa dengan Mak selalu. Mak bawa lah adik tinggal dengan Mak di Johor. Adik tahu keluarga kita susah dan Mak terpaksa menghantar Adik di kampung. Tapi Adik lebih rela kita sekeluarga sama-sama susah dari hidup berjauhan begini. Mak tengok tak filem 'Kasih Ibu' di TV 1 semalam? Kisah kita sama saja seperti dalam cerita tu. Mereka juga susah, tetapi mereka sama-sama menghadapinya. Kenapa kita tak boleh jadi macam mereka? Adik nak tinggal dengan Mak, Om, Tanti, Angah dan Along. Kalau boleh adik nak sekolah di Johor tahun depan bila adik masuk darjah 5. Tapi kalau tak boleh juga, adik faham. Tetap Adik nak Mak balik kampung masa hari jadi adik ke 10...

Mothers Day Series - Episode 3 : Telefon berbunyi ring ring ring

Akhir-akhir ini Zachary langsung tak mahu berenggang dengan kami, terutama sekali dengan mama nya. Kalau waktu siang tu dia berdampingan seharian dengan Hani, sampaikan Hani nak buat kerja rumah pun susah. Zachary siap peluk-peluk kaki hani erat-erat sambil merebahkan dirinya ke lantai tanda protes minta didukung. Lepas tu nak tidur pun susah sebab dia menahan mata, tak mahu berpisah atau takut ditinggalkan oleh kami (separation anxiety) . Itulah dia, anak-anak tempatnya adalah bersama ibu-bapa, especially mothers. Teringat masa kecil aku di kampung, ketika itu mana ada handphone, skype dan peralatan komunikasi yang canggih manggih ni, telefon rumah pun tak ada. Jadi untuk melepas rindu aku sentiasa berutus surat dengan Mak. Hari ni pos, 5 hari baru sampai JB. Kalau mak balas terus, minggu berikutnya lah baru aku terima balasan darinya. Setiap kali posmen lalu, hati aku berdebar-debar, tertunggu-tunggu ada tak surat untuk aku dari Mak. Sehinggalah satu hari, aku...

Mothers Day Series - Episode 2 : Kepulangan Yang Dinanti

Aku amat jarang dapat bertemu mak dan adik beradik lain. Sekali sekala mak balik ke kampung adalah merupakan saat-saat yang indah dalam hidup aku. Pernah satu hari raya ni, semua pak saudara mak saudara aku balik ke kampung dengan keluarga masing-masing kecuali mak. Aku yang ketika itu berusia 11 tahun terasa sangat sayu dan hiba. Pelbagai persoalan bermain difikiran aku ketika itu. Kenapa mak tak balik? Mak dah tak sayang kat aku kah? Rumah arwah Tok Tan begitu meriah dengan hilai tawa adik beradik mak yang lain dengan sepupu-sepupu aku yang riuh bermain bunga api. Tok Tan dan Tok Na pun sangat gembira kerana semua anak-anaknya yang lain dapat balik beraya walaupun mak tak ada. Semua orang gembira pada malam tu, kecuali aku. Aku memilih untuk menyendiri dengan duduk di beranda sambil menangis sepuas-puasnya. Dari beranda aku terdengar Arwah Tok Tan bertanya, 'Mana Hisham?' Mak Lang pergi mencari aku dan jumpa aku bersendirian duduk di kerusi panjang luar...

Mothers Day Series - Episode 1 : Mak, adik nak dukung..

Kami tak pernah ada stroller sewaktu kecil. Bayangkan bagaimana, Mak aku  yang berbadan kecil tu terpaksa mengendong aku yang memang manja dan tak suka jalan sendiri. Tapi aku ada alasan aku sendiri. Aku jumpa mak kadang-kadang saja. Sebab aku tinggal di Tangkak bersama Tok Tan dan Tok Na. Aku selalu rindu pada Mak. Itu yang bila dapat balik JB sekali sekala tu aku tak boleh nak berenggang. Nak berdukung saja walaupun di kampung aku boleh saja berjalan sendiri. Kalau balik JB tu, mak mesti bawa aku dan adik beradik keluar berjalan. Tengok air pancut di bulatan depan Hotel Tropical Inn, naik mainan yang kena isi duit (ala yang ada kereta, kapal terbang, gajah, etc. yang bila diisi duit dia gerak2 tu) di Wisma Abad, kalau tak pun setakat ke pasar malam depan masjid Batu 5 Tampoi. Tapi aku ni tetaplah nak berdukung. Pernah satu ketika mak tak tahan dah, ya lah dengan menjinjing barang belian lagi dan mendu...

Mothers Day Series - Prelude : Your child your responsibility

I purposely did not post this blog entry on mothers day because I do not want some people to preach that it is haram for muslims to celebrate Mothers Day and that we must show respect and appreciate our mothers every day. Well I do love and appreciate my mom every day, and my respect for mothers grew even stronger now as I see how loving my wife is with our son Zachary. Islam says 'Syurga di bawah tapak kaki ibu' which if translated literally means 'Heaven is under the feet of your mother'. That is how high mothers are in Islam.  Recently a friend of Hani's had to send her daughter back to Malaysia. The barely 3 months old baby will be looked after by her grand parents. Offcourse as new parents it is not easy. Babies demand alot if not all of your attention. But then again babies are not toys, they do not come with remote controls and definitely not battery powered. They must have their own reasons and maybe have running out o...

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Aku dilahirkan di Muar (Muo kata orang Muar) dan dibesarkan di Tangkak. Walaupun bahasa melayu diambil daripada bahasa Johor/Riau, tetapi orang-orang Muar dan Tangkak mempunyai gaya bahasa yang sedikit berbeza apabila bertutur. Arwah Tok Tan aku misalnya, mempunyai gaya loghat yang 'distinctively Tangkak'. Banyak perkataan-perkataan yang biasa dituturkan masyarakat Muar dan Tangkak yang aku telah lupa. Jadi sebagai tribute  untuk Arwah Tok Tan dan orang-orang Muar / Tangkak, aku akan cuba untuk menyenaraikan sebanyak mungkin perkataan dalam loghat Muar / Tangkak apabila aku teringat. Ampar (sebutan Am-po) = Hamparan, permaidani Anu = Si folan = Dia ke tangkak dengan si anu tu, anak Noh Itik. Basan = pakaian basahan , pakaian harian Berlengas = Badan melekit Bersendor = Berdengkur Berteromba (sebut beteghombe) = Bermain-main, berlari-lari dan bersuka ria (kebiasaan oleh anak-anak kecil dalam rumah), Centong = Senduk Endut = kekasih - Kau dah ada endut ...

Vespa Hijau

Lama kita terpisah ya. Aku rasa dah hampir 10 tahun. Last sekali aku jumpa kau sebelum aku fly ke Australia tahun 1999 dulu. Sejak dari itu kita lost contact. Banyak pengalaman suka duka yang kita lalui masa sama-sama belajar kat UTM dulu kan. Kau memang seorang sahabat yang baik dan perihatin. Kau ingat tak hari aku nak sit for ujian bertulis lesen memandu, kau siap datang jumpa aku pagi2 kat Kolej Resak dari Taman Universiti semata2 nak wish aku good luck. Padahal bukan big deal pun. Lepas tu kita banyak berkongsi cerita suka duka dan rahsia. Tapi aku memang respect kat kau. Kau adalah seorang yang tabah. Riak muka kau tak pernah menunjukkan apa yang terpendam dalam diri kau. Kau sentiasa senyum dan happy depan kawan2 walaupun kau ketika itu melalui masa2 yang amat getir dalam hidup kau. Kalau aku lah.. rasanya masa tu aku dah lari gi planet lain. Hmm lama  aku tak berbual panjang dengan kau. Cepat betul masa berlalu.  Kau tau, ni kali kedua kau hilang, aku harap lepas ni kau simpan ...

Catatan Buat Encik (A Note for my late father)

Image
A good friend of mine had just lost her father a couple of days ago. I know exactly how she feels right now. It is hard enough to let go of someone that you love very dearly, let alone parents. I suddenly miss my own father or Encik as we affectionately called him. It has been 23 years since he's gone, but the void that he left was never filled. Parents are irreplaceable. Their love for you are so great You will never love them as much no matter how many I love Yous you said to them.  Mama I Love you... Encik I Miss you Adik I first wrote this note for my late father in 2006. 20 years after he was gone, then it was first published here in 2007 ----------------------------------------------------------------------- Encik.. itu adalah panggilan aku dan adik beradik terhadap ayah kami. Sebagai anak yang bongsu sudah tentunya aku amat manja dengan Encik. Kini sudah 21 tahun Encik pergi. Kenapa tiba2 saja aku amat rindu pada Encik. Mungkin sudah terlalu lama aku tidak menyedek...

Al-fatihah for Hajah Aminah Ahmad

I just learned today that my ex Headmistress from Sekolah Menengah Tun Mamat, Tangkak, Hjh Aminah Ahmad has passed away at the age of 62. She was a very dedicated teacher and the school has gone through many leaps and bounds under her administership. Sekolah Harapan Negara status, 100% STPM results, the state of the art computer lab are among her contributions. May ALLAH bless her soul and place her among the victorious. Amin.  Ketua Wanita Ledang meninggal MUAR 14 Mac – Ketua Wanita UMNO Bahagian Ledang, Aminah Ahmad (gambar), 62, meninggal dunia hari ini di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini akibat penyakit radang paru-paru. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pukul 8.10 pagi ini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu semalam. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuntang, Tangkak kira-kira pukul 11.30 pagi. Aminah yang merupakan bekas pengetua sekolah telah memegang jawatan ketua Wanita bahagian itu sejak 2004. Beliau mer...

Suffian (P)... peace be upon him

Image
Thursday 25 September 2008 I saw 5 missed calls from Sam on my mobile. I called him right away half expecting the bad news. Its was true. Pyan passed away at 5pm this afternoon. 15 minutes later I found myself at the back of my steering wheel on the way to JB to fetch Sam and Jep before heading straight to KL for Pyan's funeral. His family decided to proceed with the funeral on that very evening after terawikh prayer. It was our hope to join the prayer as a send off for him. That is the least we can do as friends. We left Sam's place in Skudai at half past eight and didn't expect to reach KL at 10pm when the prayer expected to start. We were sharing our personal memories of Pyan along the journey. They were vivid, precise and as if it all happen just yesterday. We were at Nilai when Sam received a call from Ita that the funeral has concluded. Every space in the car was filled with silence, dissapointment and sorrow. We reached KL at 11.30pm and put up at Becky's place. ...

ALLAH have mercy on P

Image
I has been 2 weeks since I last visited P in hospital. He was still in Mt Elizabeth in Singapore. He was already unconscious. I can barely speak to him without shedding tears. He was my best friend and still is. His family decided to bring him back to KL a couple of days after we last visited him in Singapore. We know why. He now live by support systems. Some suggest that its better to pull the plug and put an end to his suffering. But I guess Im still hoping for miracle. This afternoon I received an SMS from Ronnie. He says according to the doctor, P only has a couple of days to live. ALLAH please have mercy on him. He is a good person with good heart. P, if you should leave I pray for you to be placed among the victorious.. I love you. You may go but the memories of you stays.. This picture was taken about a month ago. In Mt Elizabeth Hospital. He showed a sign of improvement then, and even gained 4 kg in 1 week.

Catatan buat Encik : Notes on my late father

Encik.. itu adalah panggilan aku dan adik beradik terhadap ayah kami. Sebagai anak yang bongsu sudah tentunya aku amat manja dengan Encik. Kini sudah 21 tahun Encik pergi. Kenapa tiba2 saja aku amat rindu pada Encik. Mungkin sudah terlalu lama aku tidak menyedekahkan al-Fatihah buatnya. Maafkan adik Encik. Encik dan Mak berpisah semasa aku masih terlalu kecil.. ketika aku berusia 2 tahun.. tetapi dalam usia sekecil itu aku dapat mengingati segala pergolakan yang berlaku dlm keluarga kami.. bagaimana Encik dan mak selalu bergaduh dan Encik selalu pukul Mak. Bila Encik marah, Mak akan bawa Aku, Om, Tanti, Along dan Angah menyorok bawah tangga. Pergolakan rumah tangga yang ketika itu masih tidak aku mengerti membawa kepada perceraian. Aku ingat lagi sewaktu di mahkamah, hakim bertanya pada kami lima beradik nak ikut Mak ke Encik.. bila tiba giliran aku, sambil meloncat loncat atas kerusi depan hakim berkata aku nak ikut Encik.. ketika itu aku tak mengerti apa-apa, tapi apa yang ak...